ASTROQUIZ Anjuran Kelab Astronomi STAR

Print PDF
Kelab Astronomi SMK Tunku Abdul Rahman akan menganjurkan pertandingan Astroquiz. butir-butir pertandingan adalah seperti berikut
Objektif
  1. Untuk menggalakan pelajar membuat rujukan bahan bacaan subjek astronomi melalui kemudahan multimedia dan IT
  2. Untuk memilih pelajar yang akan mewakili SMK Tunku Abdul Rahman ke pertandingan Astroquiz anjuran Planetarium Sultan Iskandar dengan kerjasama Persatuan Astronomi Sarawak.
Terma dan syarat-syarat pertandingan
  1. Astroquiz terbuka kepada semua pelajar SMK Tunku Abdul Rahman.
  2. Setiap peserta akan menjawab 50 soalan yang berkaitan dengan astronomi dalam masa 1 jam
  3. Soalan adalah berbentuk soalan objektif dengan 4 pilihan jawapan.
  4. 4 orang peserta yang berjaya mendapat markah yang tertinggi akan dipilih mewakili sekolah ke pertandingan Astroquiz anjuran Planetarium Sultan Iskandar dengan kerjasama Persatuan Astronomi Sarawak
Kuiz tersebut akan diadakan pada:
  • Tarikh : 9 hb Februari 2010 (Selasa)
  • Masa : 3.00ptg-4.00 ptg
  • Tempat : Bilik Serbaguna SMK Tunku Abdul Rahman
Hadiah lumayan berbentuk  HAMPER menanti anda. Jangan lepaskan peluang ini!
Pelajar yang berminat silalah menghantar nama kepada Mdm Lee Lian Moi & Mr Zamahari selewat-lewatnya pada pagi SELASA (09.02.2010)