Lebih 600 ibubapa menghadiri Hari Permuafakatan STAR 2010

Print PDF

P1010032Hari Permuafakatan Pelajar SMK Tunku Abdul Rahman (STAR) yang berlangsung pada hari sabtu yang lepas telah dihadiri oleh lebih 616 orang ibu bapa.  Jumlah itu mewakili lebih kurang 52% daripada bilangan keseluruhan ibubapa pelajar SMK Tunku Abdul Rahman.  

Pengetua STAR , Pn Rakayah bt Hj Madon menyifatkan jumlah kehadiran itu menunjukkan  keperihatinan ibu bapa terhadap pencapaian kurikulum anak mereka semakin meningkat. Oleh yang demikian beliau menggesa guru-guru STAR supaya berusaha lebih gigih lagi bagi meningkatkan prestasi pencapaian pelajar masing-masing. Beliau menyatakan demikian dalam taklimat semasa 'post mortem'  sejurus selepas berakhirnya sesi perjumpaan dengan ibu bapa. Hari Permuafakatan adalah hari yang dianjurkan oleh pihak sekolah khas untuk ibubapa berjumpa dan berbincang dengan guru kelas dan guru matapelajaran bagi mengenalpasti serta mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran anak mereka.  Selalunya ia diadakan selepas peperiksaan.

 

Gambar sekitar hari permuafakatan

P1010031

P1010036